Monday, June 1, 2009

Aktiviti ketika Cuti!!!!! Penanaman Vanila

Kalo org lain cuti semester buat praktikal, kerja sambilan tapi aku g berkebun..hehe..Kakakku yang sulung ingin menyambut seruan kerajaan dgn mengalakkan bumiputera utk berniaga dengan hasil tanaman. Oleh itu, kakak ku yang dibantu dan diberi sepenuh sokong oleh ibu bapaku dan suami yer utk menjalankan projek penanaman vanila. Walaupun ramai yang menpunyai tanggapan negatif yang mengatakan projek ini tidak menguntungkan namun familyku mengambil risiko dengan melakukan projek ini..Belum cuba, belum tahukan..


Ini la tunas baru dari batang pokok vanila..yg hijau pekat tue..pokok vanila ini tak boleh terdedah sgt dgn cahaya matahari..Ianya seakan2 pokok orkid..
Ini pokok banila yang dah mula membesar dan ingin menjalar pada pokok tumpang..Syok bila tgk..Baja yang sesuai mcm baja tahi kambing..

Inilah tapak yang bakal ditanam pokok vanila..Ini la aktiviti aku bilik pergi kebun siram pokok tumpang ini..Semua yer ada 1000 batang..Fuh mmg penat la juga..
Cantikkan pemandangan yer..Doakan la semoga hasil yer memberangsangkan..Bak Kata pepatah berbudi pada tanah, pasti mendatangkan hasil..Insayallah..

No comments: